Tuesday, October 19, 2010

Surau Al-Hidayah Taman Samudera Baru, Perak Darul Ridzuan



MUKA HADAPAN


TAJUK :
Kegiatan surau atau masjid kariah anda dalam pendidikan Islam terhadap anak kariah.

DISEDIAKAN OLEH :
Nama : Siti Aliah binti Abdul Latif
No. Matrik : 2010847266
Kumpulan : ACD1Da

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 101 UiTM Perlis

PROGRAM :
Diploma Perakaunan
Kod Kursus : AC110

TARIKH HANTAR :
20 Oktober 2010

ISI KANDUNGAN


TAJUK:
Kegiatan surau atau masjid kariah anda dalam pendidikan Islam terhadap anak kariah.

1) Isi kandungan Penyelesaian
2) Abstrak
3) Pendahuluan
4) Pembinaan
5) Organisasi
6) Kemudahan
7) Aktiviti
8) Masalah dan
9) Cadangan
10) Komen
11) Penutup
12) Rujukan


ABSTRAK



Surau adalah tempat beribadah yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan , muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau Al-Hidayah ini terletak di Taman Samudera Baru, Perak Darul Ridzuan. Sebenarnya surau Al-Hidayah ini merupakan sebuah surau baru setelah sekian lamanya penduduk Taman Samudera Baru menggunakan sebuah rumah sewa untuk dijadikan surau. Surau ini juga banyak mendapat sokongan kuat dari Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor, Dato' Sri Zambri Abd Kadir dan Ahli Parlimen Lumut, Dato' Seri Kong Cho Ha. Malah pihak sekretariat berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM50,000 dan RM120,000 dari kerajaan pusat. Tambahan pula surau ini mempunyai 5 orang imam, 5 orang bilal dan 5 orang siak. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan di surau ini antaranya kuliah selepas Maghrib, kuliah Subuh, gotong-royong, majlis Israk Mikraj, Maulidur Rasul, perjumpaan Hari Raya, korban, akikah, majlis berbuka puasa dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjadikan surau sebagai tempat bermusyawarah di sesuatu komuniti ataupun tempat malah memberikan manfaat yang sangat banyak untuk dunia mahupun akhirat. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengkaji tentang kegiatan surau dalam pendidikan Islam terhadap anak kariah


PENDAHULUAN


Surau merupakan tempat untuk umat Islam beribadah. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Selain itu, surau adalah tempat sembahyang yang digunakan  kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Sebagai umat Islam kita dituntut untuk mengerjakan perintah Allah seperti menunaikan solat 5 waktu sehari sama ada ia dilakukan di rumah, surau ataupun masjid. Surau dan masjid dibina supaya memudahkan umat Islam melakukan ibadah tanpa mengira masa malah dapat melengkapi fardu ain dan juga fardu kifayah yang dituntut dalam agama Islam. Esei ini ditulis adalah bertujuan untuk mengkaji serta mendalami tentang kegiatan surau di kariah saya sebagai pusat ibadah.


PEMBINAAN


Pembinaan Surau


Pada tahun 1997 taman ini telah mula diduduki dengan jumlah penduduk yang agak kecil. Pada tahun 2000 apabila jumlah penduduk telah bertambah kepada lebih kurang 800 orang dari 213 buah rumah. Ahli Jawatan Kuasa telah ditubuhkan dan rumah telah disewa dan dijadikan surau sementara untuk berjemaah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta menjadi pusat informasi. Pada tahun 2003, AJK Sekretariat untuk pembinaan surau baru telah ditubuhkan. Pihak sekretariat telah memulakan proses mendapatkan tapak dan juga dana. Proses mendapatkan tanah tapak surau yang memakan masa hampir lima tahun selesai diperolehi bermula dengan modal sebanyak RM3,000, upacara pecah tanah telah dilakukan pada 17 Februari 2008. Sumbangan telah diterima iaitu tabung wakaf tapak sujud sebanyak RM51,000 dan sumbangan derma orang-orang perseorangan sebanyak RM65,000.

Pengerusi surau Al-Hidayah, En Ahmad Tarizi Bin Alang Bahari sedang memberikan kata-kata alu-aluan semasa hari pertama menunaikan solat maghrib.



Dengan bantuan dan sokongan kuat dari Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor, Dato' Sri Zambri Abd Kadir dan Ahli Parlimen Lumut, Dato' Sri Kong Cho Ha, pihak sekretariat telah berjaya mendapat peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM50,000 peruntukan dari kerajaan pusat sebanyak RM120,000Bangunan surau dan tandas menelan belanja sebanyak RM209,500 tidak termasuk kemudahan-kemudahan yang lain. Impian penduduk Taman Samudera Baru menjadi kenyataan apabila pihak kontraktor yang dilantik berjaya menyerahkan kunci surau pada 31 Disember 2008. Sumbangan diterima daripada pelbagai pihak dan individu. Antaranya ialah karpet, alat penghawa dingin, PA Sistem dan sebagainya. Tanggal 10 Januari 2009, maka bergemalah suara azan dari corong pembesar suara dari yang diberi nama Surau Al-Hidayah menandakan jemaah telah mula didirikan sehinggalah hari ini. Bukan sekadar sembahyang lima waktu, malah berbagai-bagai pengisian lain dengan program keagamaan seperti kuliah Maghribkuliah Subuh, Tadarus Al-Quran, Qiamullail dan sebagainya saban waktu dilakukan. Surau ini merupakan "Simbol Maruah" bagi masyarakat Islam di kariah ini. 


ORGANISASI

Pegawai surau Al-Hidayah => Ahmad Tarizi bin Alang Bahari
(Lantikan pegawai surau : Imam, Bilal, Siak)
(Di atas sokongan penghuni taman secara terus, tidak mengikut tempoh khidmat)

Imam

Ahmad Tarizi bin Alang Bahari => Pesara TLDM + Katering (013-5952194) (5O tahun)
Ismail bin Mat Ali => Pesara TLDM + Technician UniKL (016-5197515) (49 tahun)
Haji Osman bin Haji Hamid => Pesara TLDM + Supplier (012-5880794) (49 tahun)
Manan bin Wahab => Pesara TLDM + Juru Elektrik (012-5760988) (53 tahun)
Aznan in Abdul Rahman => Pesara TLDM + Penjaga Stor(013-5982031) (52 tahun)

Bilal

Abdul Latif bin Mat Rasdi => Pesara TLDM + Pengawal Keselamatan (012-4492729) (47 tahun)
Shuib bin Daud => Pesara TLDM + Pemandu Lori (012-5270142) (43 tahun)
Mat Khir bin Ismail => Pesara TLDM + Syarikat IMSA (014-2529571) (45 tahun)
Safwan bin Dasuki => Polis (017-5147006) (53 tahun)
Samugi bin Bakri => Pesara TLDM + Safety Officer (012-5056804) (42 tahun)

Siak

Hamidi bin Payung => Pesara TLDM (013-5914834) (52 tahun)
Mat Zin bin Mat Juda => Pesara TLDM + Great One Security (019-5694748) (53 tahun)
Mat Desa bin Dollah => Kapten Bot (012-4652208) (43 tahun)
Khairudin bin Salleh => Pesara TLDM (012-4689234) (46 tahun)
Che Ros bin Bakar => Pesara TLDM + Pengawal (017-5923087) (45 tahun)

Setiausaha

Muhamad bin Ludin

Naib Setiausaha

Abdul Latif bin Mat Rasdi

Bendahari

Samugi bin Bakri => Pesara TLDM + Safety Officer (012-5056804) (42 tahun)

Timbalan Bendahari

Hanafi bin Omar
______________________________________________________________________________

Biro Perhubungan Awam => Encik Madisa Majid
Birro Harta Benda => Haji Mat Yusuf Yahya
Timbalan => Muhamad Johari bin Muhamad Bolia
Biro Kebersihan / Keceriaan => Roslan Abdul Ghani
Keselenggaraan Elektrik => Abdul Manan Wahab
Biro Pendidikan dan Dakwah => Ismail Mat Ali
______________________________________________________________________________



KEMUDAHAN

Di surau ini terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan.
 Antaranya :
Ruang Solat => Ruang solat ini mempunyai kawasan yang agak luas. Selain itu, surau ini mempunyai 4 buah penghawa dingin yang dipasang apabila tibanya waktu solat dan dilengkapi dengan permaidani berwarna biru yang telah dilekapkan. Pada waktu sembahyang, kebiasaannya bilangan kaum lelaki yang berjemaah adalah di antara 50-60 orang berbanding dengan wanita adalah sedikit sahaja. Dan ruang ini mencukupi untuk memuatkan jumlah kaum muslimin dan muslimat yang hadir untuk solat berjemaah.
Keperluan Solat => Telekung yang disediakan di surau ini adalah sebanyak 5 pasang sahaja.Malah ada banyak sejadah yang telah disediakan untuk solat apabila tibanya waktu solat. Kelengkapan telekung dan sejadah ini dapat memenuhi keperluan seseorang muslim untuk menunaikan kewajipan yang dituntut dalam Islam.
Perpustakaan / Bahan Bacaan => Di dalam surau ini tidak mempunyai perpustakaan. Tetapi mempunyai bahan bacaan seperti yassin dan al-Quran yang mencukupi, malah mempunyai dua rak buku.
Alat Kematian => Kelengkapan kematian buat masa ini belum disediakan lagi. Buat masa sekarang Surau Al-Hidayah memperolehi alat kematian dari surau yang berdekatan.
PA Sistem => Di surau ini hanya terdapat dua PA Sistem sahaja yang disumbangkan oleh penduduk yang prihatin.
Tandas / Tempat Wuduk => Tandas dan tempat wuduk turut disediakan di surau ini. Surau ini mempunyai empat buah tandas dan tempat mengambil wuduk. Malah keperluan seperti paip-paip air untuk berwuduk turut disediakan di tepi beranda surau. Setakat ini tidak ada masalah seperti kesesakan ketika mengambil air wuduk.
Keperluan-keperluan Lain => Surau Al-Hidayah ini turut menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan yang sempurna dengan kawasan yang ditar yang memudahkan untuk keluar masuk. Tambahan pula, surau ini turut menyediakan tabung derma. Setiap bulan penduduk dikenakan RM3 untuk membiayai bil air dan elektrik, malah kadang-kadang ada penduduk yang bermurah hati membayar bil yang mencecah sehingga RM300. Tidak ketinggalan juga surau ini mempunyai kelengkapan memasak serta khemah untuk sesuatu majlis dan sebagainya.


AKTIVITI-AKTIVITI SURAU

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di surau ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di surau ini adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi umat Islam yang ada di Taman Samudera Baru ini di samping mempelajari ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang dituntut dalam agama Islam malah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia begitu juga mendalami agam Islam. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah :
Kuliah selepas Maghrib =>  Setiap hari.
Kuliah selepas Subuh => Setiap hari.
Kuliah Tajwid => Untuk penceramah diberi saguhati setiap kali mereka hadir dengan kutipan bulanan serta sumbangan dari orang ramai.
Kuliah => Pada hari Khamis dan Jumaat.
Kelas Kama => Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu (Disampaikan oleh Ustazah Zaidah Haji Mat Sani).
Kaum muslimin dan muslimat menubuhkan kumpulan Yaasin serta Marhaban.
Pendapatan dari kumpulan Marhaban akan membiayai kuliah untuk bayaran penceramah beserta api dan air.
Semua aktiviti berlangsung di surau termasuk gotong-royong untuk sesuatu perkahwinan.
Di samping itu, surau ini juga selalu mengadakan majlis rasmi seperti Majlis Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Perjumpaan Hari Raya, Korban, Akikah, Berbuka Puasa dan sebagainya.
Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah dari orang-orang yang bersedekah di surau ini malah boleh dikatakan banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan di surau ini tanpa henti terutama pada bulan Ramadhan, aktiviti bertadarus sering dilakukan pada waktu pagi dan malam.
Tidak ketinggalan juga, Qiamullail dan moreh dilakukan. Bagi aktiviti moreh, makanan akan disediakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Yang menariknya, aktiviti moreh akan dihantar ke surau oleh satu penghuni rumah bagi setiap lorong.
Bukan itu sahaja, malah senam robik, jamuan hari raya, sukaneka dan sebagainya menjadi salah satu acara yang wajib ada pada setiap tahun.



Majlis Korban

Majilis Korban


Majlis Sambutan Maulidur Rasul


 Majlis Maal Hijrah

Majlis Pelancaran KRT


 Majlis Pelancaran KRT


Majlis Sambutan Israk Mikraj


 Majlis Sambutan Israk Mikraj



MASALAH DAN PENYELESAIAN 


Dari segala pemerhatian yang telah saya lakukan, tiada masalah yang dihadapi di Surau Al-Hidayah ini. Boleh dikatakan sehingga hari ini tidak ada masalah yang berlaku. Sebaliknya banyak perubahan yang berlaku dari segi penambahbaikan surau ini ke arah yang lebih baik. Malah, keadaan ini memuaskan hati semua pihak di atas penjagaan rapi surau ini.

CADANGAN

Sebagai seorang penduduk Taman Samudera Baru, saya ingin mencadangkan agar tempat meletak kenderaan diperbesarkan lagi, agar dapat memudahkan orang luar mahupun penduduk Taman Samudera Baru sendiri untuk memarkir kenderaan tanpa sesak malah memudahkan orang ramai.

KOMEN

Pada pendapat saya, saya cukup berpuas hati dengan keadaan Surau Al-Hidayah Taman Samudera Baru. Ini kerana saya amat menyukai keadaan persekitarannya yang bersih malah banyak aktiviti-aktiviti berfaedah yang dilakukan di sini. Tidak ketinggalan juga, surau di sini menitikberatkan perpaduan di antara setiap penduduk dan banyak aktiviti keagamaan dilakukan pada setiap hari. Saya juga amat kagum dengan pembahagian di antara imam, bilal dan siak yang bekerjasama dalam memastikan waktu solat sentiasa terjamin.


PENUTUP

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Surau Al-Hidayah ini banyak mendatangkan faedah kepada kariah sama ada kepada yang masih muda mahupun yang tua. Sesungguhnya, ilmu itu sangat penting untuk kita berjaya di dunia mahupun di akhirat.Tanpa agama dan akidah, hidup kita akan terumbang ambing seperti orang yang tiada pegangan agama.

Oleh itu, gunakanlah kemudahan yang telah Allah berikan kepada kita dengan baik semoga menjadi manfaat kepada kita di akhirat kelak.


RUJUKAN


  • Temuramah di antara saya dan Pengerusi Surau Al-Hidayah iaitu Ahmad Tarizi bin Alang Bahari.
  • Blogspot Surau Al-Hidayah Taman Samudera Baru (suraual-hidayah.blogspot.com)
  • Internet

Surau Al-Hidayah

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    persembahan silat panglima ulung 2011 25.9.2011 sabtu. ada tak gambar/video silat berikut..? jika ada uploadkanlah seperti yg tersebut. =D

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam..
    silat panglima ulung?maaf saya x tau apa2..cuba tanya ajk surau taman samudera baru..
    yang ni saya cuma ambil dari kawan abah saya je..=)

    ReplyDelete
  3. wahh.. terbaikk!!
    aku search gmbar surau ni, terus keluar pasal kau.
    trimas2.. :D

    ReplyDelete